Terma & Syarat PROSPEC
Baca maklumat penting tentang pakej, jadual pemeriksaan, add-on, deposit dan laporan sebelum membuat tempahan.

1. Skop, keluasan & harga
Harga asas rumah setingkat meliputi sehingga 1,400 sqft; lebihan RM0.30/sqft. Harga asas rumah dua tingkat meliputi sehingga 1,800 sqft; lebihan RM0.40/sqft. Untuk apartment/condo, harga sehingga 1,000 sqft dan kenaikan RM80 bagi setiap tambahan 200 sqft atau sebahagiannya sehingga 2,000 sqft. Unit lebih besar atau luar skop memerlukan quotation khusus.
2. Deposit & pengesahan slot
Bayaran deposit komitmen RM50 dikenakan untuk mengunci slot selepas pengesahan PROSPEC dan ditolak daripada baki bayaran. Deposit tidak dipulangkan jika pelanggan membatalkan tempahan. Pelaksanaan tertakluk kepada hak pengguna dan persetujuan bertulis yang berkaitan.
3. Perubahan tarikh
Slot pemeriksaan tertakluk kepada ketersediaan. PROSPEC berhak menukar tarikh atau masa dengan memaklumkan pelanggan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal. Jika perubahan tidak dapat dibuat dengan notis tersebut, pilihan refund atau penjadualan semula akan dibincangkan dan dipersetujui bersama.
4. Utiliti, akses & keselamatan
Ujian fungsi memerlukan air dan/atau elektrik yang aktif. Pemeriksaan boleh dihadkan jika unit tidak boleh diakses dengan selamat atau kelengkapan tidak berfungsi. Attic dan water tank hanya diperiksa secara visual jika akses selamat. Drone tertakluk kepada kebenaran berkaitan, peraturan, cuaca dan keadaan operasi. Ujian elektrik khusus bukan sebahagian daripada pensijilan elektrik berkanun.
5. Reinspection
Pakej Premium merangkumi 1× reinspection untuk item defect asal yang telah dibaiki, di lokasi yang sama dan akses yang dipersetujui. Lawatan tersebut tidak termasuk laporan bertulis. Jika pelanggan memerlukan ringkasan laporan, caj tambahan dikenakan. Lawatan tambahan, defect baharu dan perjalanan luar kawasan boleh dikenakan caj lain.
6. Laporan & format pemaju
Laporan standard dikeluarkan dalam format PROSPEC secara digital. Permintaan menggunakan format khusus pemaju perlu dinyatakan sebelum kerja bermula dan boleh dikenakan caj penyediaan tambahan. Sasaran siap laporan seawal 1 hari bekerja tertakluk kepada bilangan penemuan, keadaan tapak dan persetujuan semasa tempahan.
7. Tanggungjawab rectification
PROSPEC menjalankan penilaian visual dan mendokumentasikan penemuan sebagai wakil pemilik. Pengesahan defect, penerimaan penemuan dan keputusan pembaikan adalah tanggungjawab pihak yang berkaitan, termasuk pemaju. Laporan bukan jaminan semua kecacatan telah dikenal pasti atau bahawa pemaju mesti menerima semua item.
8. Pembayaran
Baki bayaran hendaklah dijelaskan mengikut quotation/invois yang dikeluarkan dan terma yang disetujui. SPayLater tersedia untuk Standard dan Premium sahaja, tertakluk kepada kelayakan, caj serta terma penyedia, dan mungkin tidak tersedia untuk semua transaksi.
