Soalan Lazim Home Inspection
Sebelum anda pilih pakej, semak jawapan kepada soalan paling kerap ditanya tentang defect inspection, report dan pembayaran.

Semua yang perlu anda tahu
Klik soalan untuk melihat jawapan.
Bila masa sesuai buat defect inspection?
Sebaik sahaja rumah boleh diakses dengan selamat dan sebelum tarikh akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP), jika terpakai. Tempoh DLP bergantung pada dokumen jual beli atau serahan unit anda.
Adakah air dan elektrik perlu aktif?
Pemeriksaan visual masih boleh dijalankan tanpa utiliti. Namun socket testing, ujian paip/sanitari dan ujian fungsi lain mungkin tidak dapat dilakukan jika bekalan tidak tersedia.
Berapa lama laporan siap?
Sasaran kami seawal 1 hari bekerja selepas lawatan bagi kes yang sesuai. Tempoh sebenar bergantung pada jumlah penemuan, skop pemeriksaan dan jadual kerja; kami akan maklumkan semasa booking.
Adakah reinspection disertakan?
Pakej Premium termasuk satu lawatan reinspection untuk item defect asal yang boleh diakses, tanpa laporan bertulis baharu. Basic dan Standard memerlukan add-on. Ringkasan bertulis boleh dicaj berasingan.
Boleh guna SPayLater?
Ya, pilihan SPayLater tersedia untuk pakej Standard dan Premium sahaja, tertakluk kepada kelayakan, caj, had dan terma penyedia. Ia bukan pembiayaan oleh PROSPEC.
Adakah report ikut format pemaju?
Secara standard, laporan dikeluarkan menggunakan format PROSPEC. Jika memerlukan format khusus pemaju, beritahu lebih awal kerana caj tambahan mungkin dikenakan.
Adakah semua defect mesti diterima pemaju?
Tidak. Inspector membantu merekodkan penemuan berdasarkan skop pemeriksaan; keputusan pengesahan dan pembaikan tertakluk kepada penilaian serta tanggungjawab pihak pemaju mengikut terma berkaitan.
Berapa deposit booking?
Deposit komitmen RM50 diperlukan selepas slot disahkan. Deposit ditolak daripada bil akhir dan tidak dipulangkan bagi pembatalan pelanggan, tertakluk kepada terma dan keadaan yang dipersetujui.
