Laporan digital bergambar
Maklumat defect teratur untuk rujukan semasa berurusan dengan pemaju.
Pemeriksaan defect rumah baharu di Kuching, Kota Samarahan & Sarawak. Kenal pasti isu workmanship dan dapatkan laporan digital bergambar yang jelas untuk rujukan pembaikan.
Pemeriksaan bermula RM400 · Slot tertakluk kepada ketersediaan.
Pilih servis mengikut keperluan. Basic untuk pemeriksaan visual, Standard untuk ujian tambahan yang relevan, Premium untuk pemeriksaan dan susulan lebih lengkap.
Harga asas: Setingkat — Basic RM400 / Standard RM580 / Premium RM780 (sehingga 1,400 sqft). Dua tingkat — Basic RM500 / Standard RM680 / Premium RM880 (sehingga 1,800 sqft). Apartment/Condo — Basic dari RM400 / Plus dari RM500 (sehingga 1,000 sqft).
Semak anggaran awal berdasarkan jenis rumah, pakej dan keluasan built-up.
Caj perjalanan dan add-on dikira berasingan.
Setiap penemuan yang direkodkan boleh membantu anda menyediakan rujukan lebih teratur untuk proses pembaikan oleh pihak berkaitan.
Maklumat defect teratur untuk rujukan semasa berurusan dengan pemaju.
Penilaian visual bagi membantu pemilik mengenal pasti isu workmanship.
Pasukan berlatar kejuruteraan, teknologi binaan dan pengurusan fasiliti.
Skop dan harga dinyatakan supaya mudah pilih ikut keperluan.
Semak dan rekod isu seawal mungkin dalam tempoh yang berkaitan.
Pilihan SPayLater untuk Standard & Premium, tertakluk T&C.
*Tempoh laporan bergantung pada skop, jumlah defect dan keadaan operasi; disahkan semasa tempahan. Keahlian profesional individu tidak bermaksud laporan disahkan atau diperakui oleh badan berkenaan.
Defect fizikal, kemasan dan komponen rumah mengikut skop pakej serta keadaan akses tapak.

Retak, cat, sambungan dan kekemasan permukaan

Jubin hollow, kemasan lantai dan ketidakrataan

Fungsi buka tutup, kunci, kemasan dan alignment

Pemeriksaan visual komponen elektrik yang boleh diakses

Fitting, kebocoran yang kelihatan dan fungsi terpilih

Kekemasan, outlet dan kawasan mudah menakung air
Anda tak perlu pening. PROSPEC sediakan aliran pemeriksaan yang jelas sebelum dan selepas lawatan.
Bandingkan Basic, Standard dan Premium mengikut rumah.
Hantar tarikh pilihan; PROSPEC akan semak ketersediaan.
Inspector menyemak defect mengikut skop pakej dan keadaan tapak.
Defect didokumenkan dalam laporan digital bergambar.
Premium merangkumi 1× reinspection tanpa laporan berasingan.
Kami menawarkan pemeriksaan secara janji temu. Caj luar kawasan dikira berasingan berdasarkan lokasi, perjalanan dan jadual pasukan.
Jawapan ringkas untuk membantu anda memilih pakej dengan lebih yakin.
Sebaik sahaja rumah boleh diakses dengan selamat dan sebelum tarikh akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP), jika terpakai. Tempoh DLP bergantung pada dokumen jual beli atau serahan unit anda.
Pemeriksaan visual masih boleh dijalankan tanpa utiliti. Namun socket testing, ujian paip/sanitari dan ujian fungsi lain mungkin tidak dapat dilakukan jika bekalan tidak tersedia.
Sasaran kami seawal 1 hari bekerja selepas lawatan bagi kes yang sesuai. Tempoh sebenar bergantung pada jumlah penemuan, skop pemeriksaan dan jadual kerja; kami akan maklumkan semasa booking.
Pakej Premium termasuk satu lawatan reinspection untuk item defect asal yang boleh diakses, tanpa laporan bertulis baharu. Basic dan Standard memerlukan add-on. Ringkasan bertulis boleh dicaj berasingan.
Ya, pilihan SPayLater tersedia untuk pakej Standard dan Premium sahaja, tertakluk kepada kelayakan, caj, had dan terma penyedia. Ia bukan pembiayaan oleh PROSPEC.
Jangan tunggu defect menjadi pertikaian. Semak skop, pilih slot dan bincang dengan PROSPEC.